Thursday, December 13, 2012

Day-Holi

Assalammualaikum . Waalaikumussalam XD
hai sahabat !

okay..today I want to talk about.. ball ! football ! tak best lah. about guitar? already talk about it. holiday? okay.. about holiday.

So.. my holiday. I wasted my time for Facebook..Twitter..GuitarOren.. and more. really wasted my time. tak pegi holiday jauh2 macam korang pun. Ahad ni Insya-Allah pegi Terengganu kalau ayah tak busy. tak konfem lagi la ni. 

I wasted my time again dengan pegi Jusco dengan kawan sebanyak 2 kali. nak ikut Maria pegi Mid Valley jauh lah pulak. tak berkesempatan. habis duit tabung. itulah buang masa je keje aku. hahaha


muke khusyuk sangat TuttiFrutti. well my favorito ! *I'm the right one.



Kerja sekolah? Modul? Ulangkaji? buat jugak tapi tak siap2. soalan form 2 lah susah sikit sebab tak belajar lagi. tak faham. entah bila nak siap modul ni agaknya. diorang ramai jugak dah siap. entah bantuan apa diorang pakai. haha. 

so doakanlah Ahad ni dapat pegi Terengganu. nanti nak update pasal Terengganu kalau dapat pegi. kesian budak ni kawan dia semua pegi holiday ke London bagai takkan la budak ni dok umahhh je. nak jugak holiday.

haa, keyy cuti cuti jugak. lepak lepak jugak. modul modul jugak yee solat solat jugak !
byee !

Saturday, November 10, 2012

4th november

Assalammualaikum.

hai korang.best kan cuti dah start.kejap je kott.huhu.. nak cite pasal minggu lepas sikit. ahad lepas, 4 november farina jadi birthday girl. seronok jugak sambut kat asrama. first time lah katakan. huhu.. dapat baaanyak wishes.kat fb pun sampai 39 wishes. 

Malam sebelum bithday kitorang form 1 buat suprise untuk akak2 angkat form 5 kitorang. Farina buat suprise special untuk kak Fifi.orang lain tak buat.aku nyanyi main gitar depan dia. huhu..bising giler malam tu.tapi enjoy je.. even siang sebelum kitorang buat semua tu.. memang berperang gaduh2 time perjumpaan rancang sume tu.

bukan tu je..malam ahad tu.. farina buat performance. main gitar kat jamuan batch form 1 ( D-Altismaz 1216). tapi tak nyanyi lah..just jadi gitaris je.sampai tiga orang nak nyanyi.. orang-orangnya Fiqa , Amira and Yaya . suara diorang sedap bolehlah nyanyi..sampai 5 lagu haritu performed. sahabat, carta hati, baby, a thousand years and patah seribu.




dan malam terakhir birthday aku. kira dah hari esok lah. sangat pahit dan terasa hati ni. ade lah cerita nya. sebab itu first time. dan aku terfikir-fikir. teruk sangat ke aku ni? sampai kena cakap macam tu? teruk sangat ke? tapi biarlah perkara berlalu. 

okayy..tu je nak share.wish me luck next year.. form 2 dah..hehe :)
wassalam.

Monday, October 22, 2012

happy!



Assalammualaikum semuaa!
hai! sihat? okey?

Farina okey..sihat..happy lagi! haha taktau kenapa.mungkin sebab balik awal kot.extend! ni sume salah kawan farina,maria.sebab teman dia balik naik bas,then monorel pastu pegi jalan kat KL tu dua orang naik KTM.berani giler kan kitorang?Farina memang suka adventure. lagipun Farina nak jalan2 kat KL tu.dah lama tak jalan2 kat KL.



gile jap.main edit2 gambar kat pixlr.com



Berita pasal gitar?oh..dah pandai main lagu patah seribu,aku suka dia.nak sangat belajar main lagu canon in c.macam lagu yang korang dengar sekarang ni lah.tapi susah giler, teringin nak pegi kelas gitar tapi mak cakap yuran mahal pastu sekejap je.so..belajar sendiri jelah kat rumah.cikgu Farina ialah pc n lappy.

Pasal nak jadi terkenal? lahh lupekan jelah.dah namenye pun berangan.berangan jelah. takkan dan takkan jadi kenyataan. hanya dalam mimpi. mimpi sampai ke bintang! haha.. 

sekolah? oh sekolah..okey kot.kot lah. Farina pun tak tau nak cakap ape pasal sekolah. okey je rasenye.tapi maybe tak okey kot. urm. entahlah.lupekan jelah.tapi Farina akan sedaya upaya jadikan semua yang tak okey jadi okey.bukan setakat okey je.tapi tahap AWESOME.yeahhh

itu je kot benda nak share.
bye,Assalammualaikum.
enjoy!

Saturday, October 6, 2012

simple simple ordinary

Assalammualaikum sahabat sekalian.

aku ini cuma manusia biasa.manusia yang lemah dan selalu terjatuh.sangat memerlukan pertolongan dan dorongan orang lain.dorongi aku betul2..aku susah nak dengar teguran orang dengan cara tengkingan dan jeritan.tapi aku mudah mendengar teguran yang lembut dan menyayat hati.




aku ini juga punyai perasaan.tapi aku ni bukan orang yang mudah terasa sangat.aku jenis mudah maafkan orang.tapi kalau aku dah benci orang tu susah nak maafkan dia.aku benci bukan sesuka hati.aku cuba buang jauh2 perasaan benci tu.tapi dah dia sendiri buat aku benci kat die.orang yang paling mudah dibenci oleh aku ialah orang yang gedik.ya, gedik.

kisah aku ni bukan cerita cinta sejati or even cinta monyet.aku masih budak dan tak perlukan cinta itu.biarlah dikemudiankan.sekarang ni..biar aku belajar.belajar berusaha, berdikari, bertanggungjawab dan belajar untuk menjadi insan yang kuat menempuh segala cabaran.







go on and try to tear me down.I will be rising from the ground.like a skyscraper.


aku sangat memahami lagu itu.skyscraper :)

aku ni..bukanlah orang pandai buat ayat pun.I knew..tak sedih pun korang baca entry ni. :)


Wednesday, August 22, 2012

Awesome Pixlr

Assalammualaikum
Hey guyss :)

Pixlr sekarang dah upgrade.haha suka sangat main edit2 gambar.nhaaa

some edited images



Ada lagi gambar lain tapi..freehair malas nak amik tudung.sooo tu jelahh okey byee! :p




Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum.Hai semua. :)

kedebam kedebum yang kita dengar sekarang ni kan.Yelah..mana tak nye..nak raya lah.  hari ni last puasa.The last day of Ramadhan and I know..all of us will miss Ramadhan and meet it again on the next year.yeah sad maybe.aku rasa tak bersemangat nak raya tahun ni and I don't know why.but em..I already bought some clothes that more than the last year. haha beli kat Danau Kota je kot.

Oh ya! cakap pasal baju nak tau tak baju aku ada berapa? baju aku ada 3 pasang.lagi 1 pasang baju kemeja dengan skirt kembang.tudung bawal obama dengan pashmina.korang macam mana? mestilah lagi banyak dari aku kan? nanti cite kat aku ade berapa eh..

penat jalan kat sunway sampai pukul 12 malam.ini belum pegi danau lagi!

Sekarang ni...aku just nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua orang yang aku kenal atau tak kenal especially classmates aku..1 Al-Khindi, best friend lama aku, Nurul Syazana Nordin, geng budak Selangor..Atiey,Maria and Afiqah.Tak lupa juga kepada geng lama Sakura. Ummi, Adibah, Ainul, Izzah, Syafiqah dan Isnur.Eh, Aisah kan? :p Nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.tau aku ni memang bukan orang yang sempurna. takkan lepas dari kesilapan.

itu jelah kot nak cakap.and nak pesan sikit..jangan main mercun! bising giler tau tak. tak pun boleh putus tangan nanti! 
bye!


Kad raya first dari lisa sArihani.haha XD


Selamat Hari Rayaaaa


eh, maxis bagi mesej hari raya lah -.-


ni semua hasil kerja yang tak seberapa dari Farina =)




Saturday, August 4, 2012

Ramadhan Al-Mubarak :)


hai korang.

lama dah kot tak post kat blog ni.tak tau pun nak post apa.okey,kali ni aku tau nak post pasal apa.pasal bulan ni..bulan paling mulia.bulan penuh keberkatan.bulan di mana umat islam berpuasa.bulan Ramadhan.Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)

    tahun ni tahun first aku puasa kat asrama.rasanye takde lah penat sangat kot puasa kat asrama.best adelah! aku ni dah boleh dah dok asrama.tak homesick.cuma kena menghadapi masalah2 kat sana lah.macam2 kot.but sometimes aku happy go lucky jer~  aku dah dua kali dah naik bas dari Raub ke KL.seronok je naik bas~dah tak takut dah.

     tak sabar nak rayaaa.tapi..hurm..hope raya tahun ni lebih seronok daripada tahun2 lepas.kalau berkesempatan nak raya rumah kawan2 kat rumah.kalau rezeki ada lahh. meh kasi alamat rumah kat mana.boleh aku datang.err agaknye tahun ni dapat duit raya lagi tak eh? dah sekolah menengah ni.aku dah tinggi.eh tinggi? sikitlaa.hahaha.

     so sekarang ni puasa lagi dua minggu.hujung minggu depan aku tak balik rumah.orang lain sumee balikk..saba lahh rumah jauh.tapi sebenarnya lagi best kalau ramai yang balik sebab asrama tu lengang nak mandi takde lah berebut rebut cam selalu~\

     okeylah..rasenye dah takde mende nak cakap.so..selamat berpuasa! jangan boros kat bazaar ramdhan tau! byee!

Tuesday, May 29, 2012

latest~!



Hai semuaaa!

Untunglah! kalau dah duduk asrama susah nak update blog.kan?

Aku un tatau nak cakap pe.ape kata aku cite sikit pasal hari guru kat sekolah aku?
hurm..tapi takde gamba lahh

ini baru first time sambut hari guru kat semesta tu.memang ohsem giler form 5 wat performance.especially yg pakai topeng baju pancaragam tu :3


Someday I'll be on the stage of the hall performing a song with guitar

HAHAHA..berangan jew..entah tercapai atau tak..pastu kan..F1 n F2 lak perform menari.. itu yg conduct F5 gak..aku try gak gi audition menari tu..itu pun kawan aku yg paksa tarik2 aku..haha..at last tak dapat pun..

urm..tuka topik tuka topik..

esok hari rabu aku nak pegi makan Tutti Frutti dgn kawan2 lama aku.Syazana,Syafiqah n Adibah.tapi Adibah tu entahlah jadi ke tak.sebab die tak kompem lg.mak die macam kasi tak kasi je.aku soh die nangis je dpan mak die.hahah..

tuka topik lg..

budak2 yg bersekolah di SMKSJ klau rajin bukak fb mesti HOT kat fb eh?
aku pun pelik lah..skali pndg igt dah 18 taon ke..upenye..baru f2! heh --' nothing to say lah.sonok ke jadi hot2 ni? aku tengok pon orang yg hot2 ni cara sosial diorang pun..hurm..
let them be lah.

ade topik lain lg tak? hurm..ape ye?..

aku still ber-wish nak ade DSLR macam abang aku.ngee~



 

Saturday, February 4, 2012

Semesta selamanyaa~

Assalammualaikum :)
Hey ho guys!!

Dah lama tak update blog ni.tak ada benda nak cakap.pos ni mungkin yang terakhir kot.sebab lepas ni...jeng jeng jeng..nak pegi asramaaa.yeyeahhh.. haha lebih jer..owh ye..nak tau ke dapat sekolah mane? dapat SBP.SM Sains Tengku Abdullah.tak pun nama lainnya SEMESTA. nak tunjuk satu benda sikit.kat bawah nih ;




Tadi baru je balik dari Pahang semata-mata nak tengok sekolah tu lah.okey la jugak sekolah tu.jalan nak pegi sana tak delah belok2 walaupun naik bukit sikit.sekolah tu pun tak delah buruk sangat ;) pegi 3 jam.balik pun samalah.

Rasanya memang tak sabar nak pegi sana tapi takut sikit aaa.sebab ni second intake.my sis cakap second intake tak ramai.maybe kurang daripada 10 orang. Ku rasa gementar tapi bahagiaaa. ecehh nyanyi sikit :)

Kesian lah jugak tengok kawan2 aku yang kat SJ tu sedih tengok aku pegi.janganlah risau korang.aku ingat korang sume.. walau raga terpisah jauh namun hati kita selalu dekat .nyanyi lagu.eheheh.

My mom said mungkin dalam 2 bulan sekali balik.sebab jauh waa kat pahang.sedih ugak jauh2 woo~ape boleh buat kan?

that's all from me,
♥ Farina ♥