Saturday, September 14, 2013

Tournament


Heyy wassupp dear. huh. lama tak menaip kat sini. sebulan ada lah kot. hmm mana taknya sebulan aku tak balik. sape tak rindu rumah. Acak kat sebelah ni pun aku rindu. lama tak sparing ngan dia. hewhewss.

So.. my perkembangan. guess what.. I'm back in gamelan! and yeah ada harapan lah jugak nak menang kalau cikgu pun bersemangat. kalau dulu Cikgu Salina.. urm.. ni cikgu baru dua orang! Cikgu Ahmad & Cikgu Sharifah. dah lah semalam jumpa Cikgu Ahmad kat Pekeliling dengan spec hitam bulatnya makan jambu berdiri sebelah kitorang. kezzut! -.- 

Selain tu.. MAG! house of the year! hujung bulan 10 ni. hope Kejora tak kalah teruk macam tahun lepas. and.. can you guess what again? P.E.R.F.O.R.M.A.N.C.E. YEAH ! tapi bukan lah macam konsert Taylor Swift tu. kahkah. cikgu suruh main goreng-2 gitar katanya. fingerstyle lah. lagu adibah noor. tapi mana aku reti dowww. hmm boleh belajar. kalau boleh tukar lagu kitorang tukarlah. dan macam biasa Kak Yong kite yang nyanyi. and aku simpati kat dia tak boleh wakil sekolah sebab kes. tapi maybe cikgu nak bagi semangat kat dia suruh dia masuk waktu f4 nanti. semua budak gamelan sedih dia tak ikut. hahaha.

Muzik pun muzik jugak. tournament sampai ke Kuala Kangsar sekalipun kalau exam fail tak guna jugak. ye dok? dan yang menjadi masalah.. rasanya exam dengan tournament tu sangat dekat jaraknya. nak training gamelan + study. ohh aku tak pandai macam diorang ! so insya-Allah aku prepare awal. kalau tk top 10 pun 20 ke 30 jadilahh. taknak lebih 30 :(

aku ingat haritu Cikgu Mahzan relief KH. dia bebel sikit-2 pasal PBS macam mana nak masuk upper form nanti. dia kata bagi yang minat bidang lain boleh pindah sekolah. yg minat muzik masuk sekolah seni. Fa dok sebelah pun dah cuit-2 aku. aku.. hmm. memanglah minat muzik. tapi aku nak jadi engineer. muzik tu biarlah sampingan. tak professional pun tak pelah. sampingan :D

bye, Assalammualaikum. 
wish me luck :)

No comments:

Post a Comment